Laman web NSDnet.biz merupakan web jualan beserta sistem affiliate, di mana ahli boleh membeli produk dan servis di web NSDnet.biz. Ia juga merupakan laman promosi untuk membantu Rakan Affiliate mempromosi dan menjana pendapatan. Rakan Komuniti juga diberi Link Promosi, Sistem Bantu Promosi, dan Info Terkini di NSDnet.biz selepas menjadi ahli Affiliate NSDnet.biz.

Dengan menyertai Program Komuniti Iklan ini, anda faham dan bersetuju bahawa:

  1. Anda memberikan data peribadi anda secara eksklusif untuk tujuan pendaftaran. Anda mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan akan dikekalkan dengan kerahsiaan yang ketat dan tidak akan, dalam apa jua keadaan, dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.

  2. Dengan pembelian mana-mana Pakej NSDnet.biz, anda secara automatik akan menjadi Rakan Affiliate NSDnet.biz.

  3. Anda tidak akan kongsikan Produk Digital/Download kepada orang lain. Jika didapati demikian, akaun anda akan dibatalkan dan tindakan undang-undang mungkin diambil.

  4. Penyertaan dan pembayaran anda adalah secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

  5. Pendaftaran anda akan dipadam dari sistem jika tidak membuat sebarang belian selepas 7 hari dari tarikh pendaftaran.

  6. Admin membenarkan anda menjual semula Pakej NSDnet.biz dengan keuntungan RM50.00 milik anda.

  7. Agihan komisen affiliate adalah seperti yang dinyatakan di halaman Affiliate.

  8. Anda bertanggungjawab sepenuhnya atas segala keuntungan dan kerugian hasil penyertaan dalam Program Komuniti ini.

  9. Anda tidak akan mendaftarkan nama orang lain tanpa keizinan mereka.

  10. Anda faham bahawa pendapatan adalah hasil usaha promosi anda sendiri dan paparan jumlah pendapatan di laman web adalah sebagai contoh sahaja.

  11. Pendapatan yang telah dibuat pengeluaran (“Withdraw”) sahaja menjadi milik anda.

  12. Admin akan memproses permohonan withdraw ke akaun bank anda dalam masa maksimum 72 jam.

  13. Anda akan sentiasa menjaga nama baik NSDnet.biz, pihak pengelola, dan semua Rakan Komuniti.

  14. Anda akan melaporkan kepada pihak pengelola jika mendapati ada Rakan Affiliate yang menjejaskan nama baik perniagaan NSDnet.biz.

  15. Ahli yang menyertai WhatsApp Group NSDnet.biz tidak dibenarkan mengiklankan perniagaan lain atau isu selain berkaitan dengan NSDnet.biz sahaja.

  16. Pihak pengelola berhak mengeluarkan (remove) anda tanpa sebarang amaran.

  17. Anda tidak akan menuntut sebarang bayaran balik atas pembelian pakej di NSDnet.biz.

  18. Hadiah yang ditawarkan (jika ada) adalah tertakluk kepada budi bicara pihak pengelola.

  19. Pihak pengelola tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesan daripada penyertaan anda di laman web ini.

  20. Pihak pengelola berhak untuk mengubah, membaiki, menaik taraf, atau menutup program komuniti ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

  21. Pihak pengelola berhak mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

  22. Rakan Komuniti yang melanggar tatasusila agama dan negara akan dibatalkan keahliannya.

  23. Notis akan diberikan atas budi bicara pihak pengelola.

  24. Akaun yang didapati melanggar mana-mana syarat di atas akan disekat serta-merta.

Terima kasih.